Sunday, 6 January 2013

INFO Demam Campak



Harini saya nak bagi info tentang Demam Campak yang saya baca di Majalah iSIHAT isu Disember 2012, sangat informatif.  Info ni bagus bagi para ibu bapa yang anak-anaknya masih kecil lagi:-) lagi-lagi yang baru ada anak macam saya:-)


Apa tu Demam Campak???.

DEMAM campak merupakan antara penyakit berbahaya semasa di peringkat kanak-kanak.  Kebanyakan kes demam campak berlaku kepada kanak-kanak di bawah umur satu tahun kerana mereka belum menerima pelalian demam campak.

Gejala

Demam campak merupakan sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit dan menyebabkan:
- demam panas (suhu tinggi)
- ruam merah kecil
- selsema dan hidung berair
- batuk
- mata merah berair / konjuktivitis

so, parents kena alert semua gejala ni pada anak-anak kita okey..:)

Demam campak boleh menyebabkan komplikasi berikut:

- pneumonia
- jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak
- radang otak (encephalitis)
- kematian

komplikasi yang sangat berbahaya, so memang kena berjaga-jaga dan cepat dapatkan rawatan..

Penyebab Demam Campak

-demam campak disebabkan oleh virus campak
- virus disebarkan melalui titisan air liur dan titisan hidung yang terpercik semasa batuk, bersin atau bercakap
- virus juga boleh tersebar apabila menyentuh permukaan yang tercemar
- virus mampu bertahan selama dua jam di permukaan yang terkontaminasi

Golongan berisiko

- bayi yang berumur kurang daripada setahun
- kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi
- sesiapa saja yang belum pernah mendapat demam campak atau tidak pernah mendapat pelalian demam  
   campak

Rawatan

- tiada rawatan khas bagi demam campak
- komplikasi boleh dielakkan jika demam campak dapat dikenal pasti dengan segera
- bawa anak anda ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan dengan segera jika disyaki dijangkiti

Pencegahan

- cegah demam campak dengan pelalian
- dapatkan pelalian demam campak sebagai hadiah hari jadi pertama anak anda!!


Jadikan info ni sebagai garis pandu untuk para ibu bapa yang masih baru dan takde pengalaman ;-) 

Happy day all!!!



Tuesday, 1 January 2013

Majalah al-Ustaz isu no 09, Para Ibu mesti Beli&Baca : SANGAT MENARIK ISU HUKUM HAKAM KEHAMILAN & KELAHIRAN



Majalah al-Ustaz isu no 09, perihal Hukum Hakam Kehamilan & Kelahiran dibincangkan.  Isi kandungan yang sangat menarik yang mesti dibeli dan dibaca oleh Para Ibu :) para bapa pun sesuai jugak ;)
baca saja muka surat satu sudah sampai ke hati apa yang dituliskan...

Begini bunyinya....

Andainya kau dapat kembali hidup ke dunia
nescaya aku akan mendidik anakku dengan ilmu agama
agar ia mendoakanku..

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"apabila telah mati seorang manusia, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara:
1.  Sedekah jariah
2.  Ilmu yang bermanfaat
3.  Anak yang soleh yang mendoakan untuknya."
(riwayat Muslim)

saya belum habis baca lagi, tapi dah lompat-lompat baca..hehe.. tapi memang bagus isinya..bermanfaat ilmu didalamnya.. cuba cari di kedai-kedai majalah.. masih ada rasanya.. 2 hari lepas tengok masih ada lagi di kedai buku dan majalah..  untuk ibu bapa yang baru nak dapatkan anak pertama lagi bagus beli majalah ni. :-) pesanan tuk kawan-kawan  dan saudara mara yang sedang preggy...:)